shahrizal's FotoPage

By: shahrizal helwa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Sunday, 3-Sep-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
DEBARAN DI MAJLIS PERSANDINGAN (RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN)

Jurnal Perkahwinan 2006 -Shahrizal & Helwa-
Lambaian si cilik flowergirls...
Untuk edisi persandingan di rumah perempuan ini gambar2 penuh warna-warni. Dengan tema berkonsepkan warna "pink-purple" memeriahkan lagi suasana majlis di rumah pengantin perempuan. Hati penuh berdebar2 di saat melangkah untuk bertemu pasangan pengantin. Time2 ni la semua sanak saudara pihak lelaki dan perempuan terutamanya nak menyaksikan pasangan pengantin disandingkan bersama. Time ni jugak la semua orang nak "mengomen", sama ada pasangan tu bagai pinang dibelah dua ke, pinang tak leh nak dibelah ke, pinang "boleh blah" ke...kui, kui, kui! Just kidding...Alhamdulillah, perjalanan majlis terlaksana dengan sempurna berkat doa seluruh ahli keluarga.


Saturday, 2-Sep-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
MALAM BERINAI-INAIAN...

Jadik cover majalah la konon...
Merahnye Mak Ngah!
Janji setia antara kita!
View all 18 photos...
Selesai sudah Majlis Akad Nikah, diikuti pula Majlis Berinai pada sebelah malam. Tapi yang sebenarnya majlis tersebut tidaklah dilaksanakan dengan penuh istiadat sepertimana yang biasa kita lihat. Malam Berinai saya di rumah mempelai perempuan hanya diserikan dengan sesi fotografi (orang biasa sebut tukar2 baju la...) yang tidak dijangka berlanjutan sehingga jam 12 malam! Huh, penat jangan tanya la, sengsara gak jadi pengantin rupanya...Tapi takpe, nama pun Raja Sehari & Ratu Sehari kan! Time2 ni la pun nak berposing sakan untuk memperagakan segala khazanah dan koleksi yang ada di butik mak andam tuh...Anda lihatlah hasilnya. Semoga anda berpuashati dengan koleksi yang seadanya ini.


Saturday, 2-Sep-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
SAAT YANG BAHAGIA... SHAHRIZAL & HELWA

Kenangan Terindah Saat Kami Selamat Disatukan...
Waduh2! Mau kawin pun kena ambil periksa dulu! Jawab, jgn xjawab
Kawen style baru...Kat masjid, tapi dalam dewan beb!
View all 23 photos...
Assalamualaikum semua...
Terima kasih atas kesudian anda semua kerana mengunjungi laman fotopages saya ini. Untuk makluman semua, fotopages shahrizal & helwa ini telah direalisasikan bertujuan untuk mengabadikan foto2 kenangan saya dan isteri bersempena dengan penyatuan kami sebagai sepasang suami isteri YANG SAH...Alhamdulillah...(kawin jugak aku akhirnya). Namun begitu, sekiranya ada foto2 edisi terbaru berkaitan peristiwa2 semasa, pengalaman, lawatan tempat2 menarik & etc. akan juga saya muatkan di sini untuk berkongsi saat manis, pahit, suka, duka, ceria dan gembira bersama2 anda, pengunjung laman fotopages saya ini. Semoga terhibur! (ala2 penyampai radio gitu..).


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net